* HEEP HEEP HOORAAAY! *

My photo
Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
Instagram

13.12.12

Jauh Di Mata, Sentiasa Dekat Di Hati. Selamanya.


Assalamualaikum.

Tiga hari dua malam, suatu jangka masa yg sgt singkat. Aku masih terasa tidak puas! Kalau ikutkan hati, hendak sahaja aku menetap terus di Alor Setar. Walaupun tidak sehebat kehidupan di Kuala Lumpur tetapi aku dapat merasakan perasaan tenang dan damai ketika berada di sana. Sungguh! Terasa dekat di hati. Walau bagaimanapun, aku terpaksa mengangkat kaki dari sana walaupun berat. Melalui pengalaman hari semalam telah mengusik hatiku. Sememangnya tiada sesiapa yg sukakan perpisahan.

Aku bencikannya!!

Tiada jodoh, tiada rezeki. Aku lebih mengenali crush aku melalui cerita-cerita sepupuku yg tersayang. Hahahahaha! Jauh dari sudut hatiku yg kecil ini, dpt aku rasakan yg dia seorang yg sweet! *dah la handsome gila! Cayaq aku!! * Gelak besar jom! Hahahahahahahaha! *gelinya aku baca ayat sendiri!*Aku terasa lebih terduga apabila mengetahui bahawa pada hari aku ingin berangkat pulang menuju ke Penang, dia baru sampai Alor Setar. Hancur hati! *tutup muka* Lebih menyayat hati apabila satu kebenaran lagi terungkai. Pada hari yg sama juga, dia pergi ke salah sebuah mall yg telah aku pergi pada hari sebelumnya! Sakit hatikan! Kenapalah dia datang lewat sehari daripada aku? Kenapa kenapa dan kenapa?? Memang tiada jodoh, tiada rezeki. Sedih!

:(