* HEEP HEEP HOORAAAY! *
- Amirah Asri
- Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
10.12.12
Sekali Lagi??!!!
Assalamualaikum.
Kecewa. Walaupun hanya satu perkataan tetapi membawa sejuta makna. Aku kini berada di kampung. Kerinduanku utk melihat kehijauan sawah padi telah terubat. Aku masih bersyukur kerana hatiku tenang sepanjang perjalanan ke sini. Tiada gundah, tiada resah. Mungkin aku sudah bersedia menghadapi apa-apa sahaja yg ditakdirkan oleh-Nya? Pada malam pertama, aku dikejutkan oleh sebuah cerita. "Bedtime story" oleh sepupuku. Jam menunjukkan sekitar pukul 2.45 pagi dan kami masih celik. Terkedu mendengar "bedtime story"!
'Kisah di Kampung' yg telah membuatkan aku menonjolkan sedikit kebodohan aku telah lama berlalu. Aku sudah pulih sepenuhnya. Hati telah kubalut kemas-kemas supaya tidak terbuka ikatannya. Niat di hati ingin memulakan ceritera baru. Namun, apa yg terjadi adalah sebaliknya. Tanpa dipinta, aku disajikan dgn cerita yg membuka balutan hati. Walaupun ikatannya sudah kemas namun aku dpt rasakan bahawa ikatannya makin terbuka walaupun sedikit. Aku buta rupanya selama ini. Zahir sahaja dpt melihat. Sedih! Apa aku terlalu buta utk membuka mata besar-besar utk melihat siapakah dia sebenarnya? Bodoh! Sememangnya aku tidak patut memberi kepercayaan dgn begitu mudah. Jgn mudah menilai seseorang berdasarkan sifat-sifat yg terzahir semata-mata. Bukan semua yg kita fikirkan itu betul. Sudah lama aku tidak berjumpa dengannya. Nasib baik! Aku pun tidak sanggup! Aku sudah mula membenci diri aku sendiri! Tiada guna membenci dia kerana dia adalah dia. Tiada siapa yg mampu mengubahnya. Dua hari datang dan pergi begitu sahaja seperti tiupan angin dan kisah itu masih segar dlm kotak fikiran aku.
Ah bencinya!!
