* HEEP HEEP HOORAAAY! *
- Amirah Asri
- Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
15.12.12
Kau Bagi Aku Pengajaran Hidup.
Assalamualaikum.
Salam 1 Safar 1434.
Mendengarkan sebuah lagu nyanyian Shasha yg bertajuk 'Sehelai Daun Setitis Embun' membuat aku terpanggil utk berfikir. Sehingga kini aku sememangnya tidak mampu melupakannya. Perkenalan bermula pada 1 Februari tidak kekal lama. Semuanya berakhir tidak sampai sebulan pun. Terkejut? Dasyat? Memang! Aku sendiri tidak tahu apa yg telah berlaku kpd aku, dia dan persahabatan kami.
IKHLAS. Andai dia ikhlas, mungkin keadaan ini tidak terjadi.
JUJUR. Andai aku berlaku jujur, mungkin juga keadaan ini tidak terjadi.
Walau bagaimanapun, sejauh mana aku menyesali hal ini semuanya telah lama berakhir.
Apa yg ingin aku katakan di sini ialah, jika kita ingin mengenali seseorang pertama sekali kita harus membetulkan niat dlm hati. Tolong niat dlm hati kecilmu, "aku ingin berkawan dgn dia ikhlas kerana Allah. Bkn utk tackle dia, bkn utk suka-suka, dan bkn juga utk bersandiwara." Kesannya, andai kata kita ditolak mentah-mentah oleh si dia kita akn cuba mempertahankan persahabatan yg terjalin.
Perkara yg kedua, kenal dia betul-betul. Kadang-kadang lumrah sahaja nmpk sempurna dan indah. Utk mengelakkan rasa tertipu dan ditipu, kenal dahulu sebelum membuat kesimpulan.
Perkara yg ketiga, jgn memendam! Kita tidak sepatutnya memendam perasaan atau berkenaan hal lain. Suatu hari nanti tanpa kita sedari, kita akan mkn hati. Perasaan bkn boleh dibawa main. Perasaan bkn permainan yg bisa dibolak-balikkan sesuka hati.
Melalui dia aku pelajari tiga perkara ini. Melalui tiga perkara inilah mematangkan aku dlm hal sebegini. Sememangnya benar, sesuatu perkara yg kita lalui dan kita miliki masing-masing ada pro dan kontra. Semoga hari esok lebih cerah!
