* HEEP HEEP HOORAAAY! *

My photo
Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
Instagram

7.5.12

Ubatilah.


Assalamualaikum! :))

Sebenarnya aku tidak sepatut berada di depan laptop, menaip post ini. Ada yg lebih penting yg perlu aku buat tapi tak apa. Aku bahagia, percaya tak? Hahaha :)

Alhamdulillah paper add math sudah lepas. Semasa aku sedang menjawab paper 2 add math, sesuatu yg ganjil berlaku. Tanpa disangka fikiran aku melayang ke kampung Alor Setar, teringat aku kepada seorang kawan yg pernah aku anggap istimewa. Cepat-cepat aku padamkan ingatan tersebut dan kembali fokus.
Syukur semua berjalan lancar. 

Pada waktu malamnya pulak yakni sekarang, saat ini, saat aku sedang menaip post ini. Aku baru balik makan di sebuah kedai dengan family tercinta. Tiba-tiba...

Ya Allah! :O

Hati aku berdebar apabila terlihat seorang lelaki yg datang nak ambil order. Kira pangkat abang la. Muka dia. Muka dia. Muka dia seiras kawan istimewa tu. Ya Rabbi.. Suaranya, matanya, senyumannya dan raut muka yg tak bersalah itu benar-benar mencengkam jiwa dan dalam masa yg sama hati ini terasa seperti dirobek dan dicarik. ( ..okay aku cakap betul, tak tipu. tiada unsur metafora atau hiperbola.. ) Ada satu masa di mana aku dan adik Alif sahaja yg ada di meja makan tu, dan dia datang membawa air. 

Arghh! Perasaan. Gemar sungguh perasaan itu bermain dengan kisah lalu.

Mungkin Dia sedang menguji aku. Mungkin jugak Dia ingin rindu yg menghantui aku sebelum ini dan ketika sedang menjawab paper add math tadi terubat :) Sesungguhnya Allah memang sangat berkuasa. Allah, Sang Penguasa Hati