[ Playing : It's Gonna Be Me ]
Assalamualaikum!
Alhamdulillah berkesempatan juga aku menghadiri Bengkel Menjawab Bio. ( .. tarik nafas. lepas... lap peluh dekat dahi.. hihi. ) Cikgu bawak anak perempuan dia dan seorang student lelaki Cina. Kedua-duanya dapat straight A's! Tambah tergugat diriku kerana keduanya dapat A+ untuk Bio.
Alhamdulillah berkesempatan juga aku menghadiri Bengkel Menjawab Bio. ( .. tarik nafas. lepas... lap peluh dekat dahi.. hihi. ) Cikgu bawak anak perempuan dia dan seorang student lelaki Cina. Kedua-duanya dapat straight A's! Tambah tergugat diriku kerana keduanya dapat A+ untuk Bio.
Sekali lagi. A+ UNTUK BIO.
Setiap orang lain caranya untuk belajar. Ada orang, awal-awal tahun lagi usahanya dah menggunung. Ada orang belajar last minute. Lagi bagus ada jugak yg tak belajar langsung ( jangan ikut! ;) k. )
Ini adalah kali pertama aku dengar cara belajar yg diaplikasikan oleh pelajar cemerlang. Sebelum ni asyik baca dari buku motivasi atau tengok tv. Teruja sangat :)
Belajar last minute memang tak bagus. Diri akan rasa tertekan macam nak gila terutama sebagai calon SPM, belajar last minute akan meningkatkan stress sebab begitu banyak subjek yg perlu ditelaah. Sudahlah banyak, subjeknya pulak bukanlah mudah-mudah belaka. Semuanya memerlukan ketajaman minda dan ketajaman itu perlu diasah dari masa ke semasa supaya tak tumpul. Seseorang yg ambil keputusan untuk belajar last minute perlu kenal dirinya betul-betul, adakah dia berani menghadapi sebarang kesan pada masa mendatang? Selalunya mereka yg belajar last minute sebenarnya dah buat persiapan lebih awal, terutama waktu form 4. Bila persiapan hampir sempurna barulah keyakinan timbul.
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Rasanya masa dah suntuk. Secara amya, calon SPM mesti menyesal bila masuk tahun peperiksaan sebab telah bazirkan masa form 4 tanpa mengambil serius dalam pelajaran. Mungkin berpegang kepada falsafah yg songsang;
bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian.
Masa tak bisa diundur. Makanya apa yg boleh dilakukan, hafal. Ada masa, bukak buku dan hafal. Walaupun rasa mual atau muak tapi teruskanlah hafal, baca dan faham apa yg kurang faham. Jangan difikirkan kesuntukan masa kerana semakin kita kisah tentangnya, tekanan akan semakin kuat.
So be cool, relax and chill. Bear in mind, anything we do is to get the best and change all the negative thoughts that have haunt our mind. InsyaAllah.. Just for this exam year, we need to sacrifice every single things to achieve the more precious one, which is an excellent result. Do enjoy our last exam year by putting our effort to the maximum.
Peace no stress :)

