* HEEP HEEP HOORAAAY! *

My photo
Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
Instagram

3.5.12

Baik Sangat.


Hi assalamualaikum mwehehehe :D
Sejak kebelakangan ini aku bertungkus lumus menyiapkan Project Work Add Math. Alhamdulillah tinggal logo dan refleksi. Hihi 

Entah mengapa mungkin disebabkan oleh penangan tahun terakhir persekolahan, aku semakin ligat menambahkan bilangan rekod ketidakhadiran ke sekolah, tanpa sebab. Asal lewat bangun, terus tak pergi sekolah. Seingat aku tak pernah sekali pun aku sertakan surat tak hadir walaupun guru kelas suruh bagi surat. Hari ini aku bangun pukul 7 tepat! Demi Bio dan Physics, kelam-kabut aku siap dan kesannya?

*1*
Sampai sekolah lambat! 

*2* 
Kantoi dengan ex-teacher aku. Huwaa~ Malunya *______*

*3*
Kene hukum, kutip sampah. Cis! :'/

*4* 
Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke kelas, semua budak lelaki sorak! Popular sekejap. Haa popularlah sangat. Macam taktau pulak sebelum ni aku pernah datang lambat -___-

*5*
Kene sindir dengan guru kelas waktu Geo. Cikgu masuk lambat, potpetpotpet. Aku pun mengelamun la sekejap hee. Tiba-tiba terdengar.. 

" ... kene datang awal.. Jangan tidur lambat ye....."

"ye..." tu panjang semacam je harakatnya. Aku pun alihkan pandangan dari tingkap ke muka cikgu. Dengan senyuman melebar, cikgu pandang aku. LAHH! Aku kene sindir! Haha ciscis siapa bocorkan rahsia aku? ..Rupanya kawan baik yg bagitau =_____= 
Fuh. Yg tak boeh tahan bila budak comel ( ..la sangat tu. ) menyakat aku. Sekali aku ambush, " Yelah. Untunglah kau anak cikgu boleh datang awal kan. ", terus senyap. Puas hati aku! :D

Apa-apa pun, jadikanlah tahun terakhir persekolahan sebagai sebuah tahun yg manis dan buat kita tergelak bila dikenang kembali suatu hari nanti. Hee ^^. 
( tapi janganlah buat hal macam aku.. hikhik. )