[ Now Playing : Hari-hari Aku Rindu - Scoin ] :P
Assalamualaikum..
Ewah ewah! Hampir sebulan aku tak update blog kesayangan mmuah mmuah ni :) Sedar tak sedar midyear exam dah habis Alhamdulillah dan cuti sekolah pun sudah bermula. Sepanjang penyepianku ini, sudah banyak perkara yg orang kata luar alam berlaku. Hanya dalam tempoh sebulan ini jugak sempat Allah menduga perasaan aku yg lemah ini. Kini, segalanya kembali kepada sedia kala. Nantilah aku bebel pasal hal tu. Malas :)
Jap. Tukar lagu.
[ Now Playing : Jar of Heart - Christina Perri ]
Berbalik kepada tajuk kita hari ini, 25 MEI. HEWHEW. Dari kejauhan aku ucapkan,
Selamat Hari Lahir kepada Abang Z.
26 Mei lalu, aku pergi Sunway Pyramid (SP). Mungkin penangan birthday dia, tak semena-mena terlintas keinginan nak jumpa dengan dia. Pergi SP nak jumpa dia? A'ah! Betul sangatlah tu :D Aku pergi SP nak berdating? Macam takde tempat lain je. ( ..berlagak tahap tett.. haha. ) Aku outing bersama keluarga :) Tanpa kuduga, dalam diam aku berdoa kepada Allah supaya Dia menemukan aku dengan dia dekat SP. Tengok dari jauh pun okaylah. Aku nampak dia tapi dia tak nampak aku pun tak apa. Janji aku dapat peluang nak terjumpa dia setelah hampir 3 tahun tak jumpa.
Sedang kuberjalan di dalam Jusco, mak dan Humaira duduk dekat kerusi tepi escalator. Rasanya mana-mana Jusco ada kerusi coklat berderet tepi escalator. Hhaha. Aku pun terpaksa jalan cari baju baru untuk birthday party Humaira dan Alif :) EH JAP. TENGOK BALIK. YEKE? DIA KE TU?
Sebelum aku mengangkat kaki untuk pergi dari situ, aku terpandang kepada satu couple betul-betul duduk dekat kerusi sebelah mak aku duduk.
Pakai spect. Full frame warna hitam. Cara rambut tu. Bentuk muka. Mata. Eh sebijik dia!
Dua tiga empat lapan kali aku pandang lelaki tu. ( k. sumpah teruk gila perangai aku. tak senonoh! pakwe orang kot tu :3 ) Nasib baiklah lelaki tu tak perasan sebab girlfriend dia lagi lawa daripada aku :P
Rindu dalam hati setinggi Gunung Everest ini akhirnya telah terlalu teramat amat sangat-sangat terlebih terubat. ( .. tau! bahasa hancuss. ). Walaupun tatabahasa yg aku guna dah tahap hancur sehancur-hancurnya hanya untuk describe perasaan aku masa tu tapi hakikatnya, aku masih tak dapat cari perkataan yg mampu menyatakan segala yg aku rasa. Cewah mira! Tengah bahagia ni :D kahkah.
Lalu aku pun berlari-lari anak di dalam Jusco, melambaikan tangan ke atas dan ke bawah, tersenyum girang sambil mencari baju baru yg sesuai untuk aku, Amirah Gadis Paling Bahagia. Haha. Tipu je. Sebahagia mana sekali pun aku masih waras :)
Cerita tu tak terhenti setakat itu. Selepas perut buncit ini dibuncit-buncitkan lagi dengan burger A&W, sekali lagi aku terserempak dengan lelaki tu. Kali ini di luar Jusco, depan A&W, jauh sikit. ( ..er. perlu ke bagitau tempat sampai macam tu sekali? heee. :P ) Ni dah dua kali jumpa. Lelaki tu seret girlfriend dia ikut aku eh? Sengaja tunjuk muka handsome dia tu. Terharunya! Serius. :'P
Sejak peristiwa tersebut, aku berfikir. Kenapa Allah tak temukan aku dengan dia bukan lelaki itu yg seiras dia?
Alhamdulillah. Jawapannya :
Walaupun aku hanya bertemu dengan lelaki itu bukan dia yg sebenar namun tu sudah memadai bagiku. Perasaan bahagia yg aku rasa selepas berjumpa lelaki itu sangat hebat, apatah lagi kalau Allah temukan aku dengan dia. Barangkali lagi hebat. Mungkin sebab tu Allah hanya anugerahkan peluang kepada aku untuk bertemu dengan lelaki itu yg hanya serupa wajahnya. Ada hikmah ^^
Malam tu aku dapat kawan baru. Tigger namanya, comel sangat ♥
Kami bertiga tidur bersama dengan perasaan bahagia. :')
-THE END-


