* HEEP HEEP HOORAAAY! *

My photo
Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
Instagram

26.12.12

Tawaran!


Assalamualaikum.

Pagi ini, sebaik sahaja aku bangun dari tidur aku tersedar yg aku akan pergi Ireland. Aku dapat tawaran sambung belajar dalam course perubatan. Aku dpt schoolarship dari Bank Negara. Cepat betul masa berlalu. Aku bakal menjadi penghuni bumi Ireland selama 6 tahun. Lama sangat! Sedih tidak terucap sebab aku perlu tinggalkan keluarga dan Malaysia tidak lama lagi utk mengecap impian. Tiket flight sudah tersimpan rapi dlm purse aku. Aku akan naik flight Malaysia Airlines bersama abe pilot yg kacak molek lagi bergayo tak ubah mcm Adam Mukhriz! Hahahaha. Tetapi itu bukan misi aku. Sekacak mana pun pilo-pilot tu tidak mampu mengubat rasa sedih, risau dan berat hati yg tidak tertanggung. Kalau awak baca warkah aku kali ini, tolong doakan aku.
















Aku tahu apa yg sedang bermain di fikiran awak, wahai temanku. Antara realiti atau fantasi, yg mana satu? Antara tipu atau benar, yg mana satu? Antara serius atau main-main, yg mana satu? Kalau awak tahu, awak mesti dapat menyedari hakikat yg sebenar.

1) Flight Malaysia Airlines, flight terbesar yg dimiliki Malaysia. Mampu memuatkan kira-kira 500 org penumpang. Abah cakap, Malaysia beli dua buah sahaja. Makanya, bukan merata-rata flight ini boleh pergi. Destinasinya, dari Malaysia ke LONDON. Tetapi aku hendak pergi Ireland?

2) Bukan calang-calang org yg diberi peluang keemasan. Sedangkan org yg mendapat straight A's dalam SPM pun ada yg tidak tersenarai dalam calon mendapat schoolarship dari Bank Negara, layakkah aku?

3) Yg paling nyata, keputusan SPM tak keluaq lagi!!!!
Jadi macam mana aku boleh dapat tawaran? Keputusan trial pun biasa-biasa, apakah?

Oleh itu, di sini aku ingin highlight sesuatu. Awak pernah ke tidak makan buah berangan? Hahahahaha. Sebagai pengakhirannya, aku hendak memohon maaf dari hujung rambut sampailah hujung kuku kaki. Aku bersalah. Mintak maaf kerana saya telah menipu dan awak telah tertipu. Hehehehe ♡