* HEEP HEEP HOORAAAY! *

My photo
Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
Instagram

31.12.12

Baca Sat.


Assalamualaikum.

Happy New Year?

"Ewah ewaaah! Hang kalut apa sibuk sangat nak sambut tahun baru? Setakat nombor belakang 201_  ja yg bertukaq hang beria-ria sambut bagai tak ingat dunia. Pendek kata, asyik dok ternanti-nanti 31 Disember. Awatnya? Tak sabaq nak main mercun, meriam, bom atom, bazuka, machine gun sangat ka? Kalut betui. Puihh! Hang tau dak tahun lepas, tk silap ceq 1 Januari Faizal Yusof, bekas suami Nana meninggal sebab serangan jantung. Bukan sebab dia artis tapi cuba hang pikiaq sat. Cuba hang bayangkan kalau hang bersuka-ria sambut tahun baru lepaih tu esok hang mati? Hang yg laki-laki kalau pi beriktikaf dalam masjid mcm abg dkt bwh ni (rujuk gambaq..) pun 10 kali ganda lagi baguih, tau dak?"
-anonymous

Baguihnya.. Anak sapalah ni?

Itu kata si Anonymous tetapi apa kata awak pulak?
Baik, tipulah kalau aku katakan bahawa aku tidak pernah sambut tahun baru. Jangan salah anggap! Cara aku sambut tahun baru hanyalah sekadar menanti tembakan bunga api di depan televisyen dan menghantar mesej ucapan selamat tahun baru dekat kawan-kawan. Tetapi itu dua tahun yg lepas, sekarang tidak lagi. Namun sekarang ramai org Islam khasnya keluar berfoya-foya, melepak dan sanggup menghabiskan masa menghadirkan diri ke konsert tahun baru.
Kita org Islam, bukan? Apa salahnya jika kita tukar sedikit cara kita. Kalau sebelum ini kita sibuk menunggu detik 12 malam 1 Januari setiap tahun, kita ubah kepada menunggu detik 1 Muharram. Bukankah itu lebih indah? Mungkin ada di antara kita yg akan membina azam baru dalam meniti tahun baru. Apa kata kita mulakan azam baru pada 1 Muharram bukan 1 Januari? Itu juga lebih indah. Agama kita Islam, kita tinggal di negara yg majoritinya penganut agama Islam jadi biar cara kita pun melambangkan agama kita. Mungkin kesedaran kita masing-masing berbeza tetapi itu bukanlah penghalangnya. Tiba-tiba aku terpanggil utk menulis entry ini pun bukan utk berlagak bagus atau alim. Mesti awak yg sedang baca entry ini pelik. Mana tidak pelik, sebelum ini entry aku semuanya berintipati perkara tidak berguna gedebung gedebang tiba-tiba entry bajet bagus pulak aku post. Rasa menyampah pulak? Takpalah.. Nak buat mcm mana, ceq pun takdak kudrat nak paksa hang. Aku terpanggil utk menaip entry yg panjang lebar ini kerana aku rasa tidak adil kalau aku sahaja yg sedar. Aku mahu pembaca pun tahu. Harap-harap apa yg aku cuba sampaikan ini, berjaya buat awak semua terfikir sama mcm cara aku berfikir.