* HEEP HEEP HOORAAAY! *
- Amirah Asri
- Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
23.11.12
Kecilnya Dunia
Assalamualaikum.
Percaya atau tidak sememangnya aku masih berada diawang-awangan, antara mimpi dan realiti. Dah kucubit pipi sendiri, sakitnya terasa. Makanya aku bukanlah bermimpi. Aku juga bukanlah sedang berkhayal. Aku sedang berpijak pada bumi yg nyata. Apakah bumi ini sememangnya kecil? Sekecil titisan tinta di tengah lautan?
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap kegembiraan pasti ada kesedihan. Setiap kebahagiaan pasti ada kesengsaraan. Namun masih adakah pertemuan kali kedua? Sesungguhnya tidak pernah sesekali aku impikan keadaan itu. Biarlah perkara yg lalu dibawa pergi bersama angin sayu. Jangan diungkit, jangan dikenang. Kelak membawa padah.
Namun apabila qada' dan qadar mengatasi segala-galanya, terjelopoklah aku di suatu ruang kekosongan yg jauh dari realiti. Pemikiran mula dibebani dgn pertikaian. Saratnya akal terasa, mencari jalan untuk mencerna takdir. Bercampur baur perasaanku, antara gembira atau berduka? Apakah layak kuukir senyuman kelegaan? Atau berlalu dari realiti yg mencengkam jiwa dan beranggapan ini semua hanya mimpi? Sejauh mana aku berlari tetap aku akan dikejar jika itu sudah ditetapkan oleh-Nya. Siapa aku yg mahu menyalahkan ketentuan! Seorang hamba hina lagi keji memang layak diuji sedemikian.
