* HEEP HEEP HOORAAAY! *

My photo
Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
Instagram

27.11.12

Berserah


Assalamualaikum.

Segunung tahniah diucapkan kpd pelajar aliran sains tulen! Diorang sekarang dh tua, tua dari aku. Sebab diorang dh habis sekolah, aku tk habis lagi. Minggu depan, 4 Disember tarikh keramat yg istimewa antara yg teristimewa. Hehehep. Dalam kegembiraan melalui ambang kebebasan, ada sekelumit rasa yg tidak enak jauh di sudut hati kecilku ini. Cukup sempurnakah usaha aku selama ini?
Moga-moga Dia akan meredakan rasa ini.

Akhir-akhir ini, perasaanku bercampur-baur. Antara kegembiran, ketakutan dan kegelisahan? Semuanya bergabung menjadi satu. Menghantui fikiran membuatkan aku mula menjadi tidak tentu arah. Kakiku hanya dapat menjejaki sekolah dalam masa dua hari. Selepas itu mulalah perubahan. Hidup sehari-harian menjadi berbeza. Rutin dahulu berubah. Bahu pun sudah mula merasa sedikit terbeban dgn beban baru yg bakal dipikul. Tanggungjawab kpd keluarga, mak abah, adik-adik, diri aku, dan masa depanku sendiri. Yg paling gerun, masa yg bergerak pantas sepantas LRT! Pejam celik tak semena-mena jodoh sampai tanpa diduga. Bkn terlalu ke depan, hanya merenung masa depan. Cuba menilik dan menduga. Apa yg aku harapkan ialah utk memiliki yg terbaik antara yg terbaik bukan sahaja di mata aku, tapi di mata Penciptaku.