* HEEP HEEP HOORAAAY! *

My photo
Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
Instagram

5.8.12

Coretan Ringkas.


Haai assalamualaikum :)

Dah lama jugak tak update blog. Bukan kerana tiada cerita, hidup bosan atau apa tapi kekangan masa yg menjadi batu penghalang untuk aku lebih ligat membuang masa berjam-jam di depan laptop. Nak kesian? Hmm tak usahlah. Dah memang masanya untuk aku tinggalkan perkara-perkara sebegini. 

Baru-baru ni, aku terfikir tentang seorang senior aku yg suatu ketika dulu pernah bagi semangat yg paling bermakna kepada aku supaya tebus kembali kekalahan dia dalam SPM lepas. Dia belajar dekat mana ya sekarang? Sejak best friend aku tiba-tiba bangkitkan persoalan tu, makin curious aku rasa. Makanya nak dijadikan cerita, aku terbaca atau lebih tepat sengaja scroll down wall facebooknya untuk mengetahui kisahnya yg terkini. 
Aku terbaca secara sengaja perbualannya dengan seorang kawannya.

Dia sekarang sedang belajar di UIA, Petaling Jaya. 
Alhamdulillah.. :))

Kini dia sudah pun bergelar sebagai seorang mahasiswa. Giliranku bakal menyusur tidak lama lagi, insyaAllah.. Entah kenapa, aku rasa bangga dan gembira untuk dia. :')