* HEEP HEEP HOORAAAY! *

My photo
Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
Instagram

3.6.12

Crush. ( Kemerepekkan Yg Berjela-jela )


Assalamualaikum.

Sedaq tak sedaq cuma tinggal lagi seminggu untuk aku bergembira :( Selepas ini, rutin hidup berbalik seperti sedia kala. Bangun, mandi, solat, pergi sekolah, balik rumah, tidur, buat kerja sekolah, pergi tusyen, tidur.. 

Tau dak? Sekarang aku rasa teruja sangat untuk menanti hari sabtu minggu depan. Amboih. Cuti sekolah pun tak habis lagi kan? Dah fikir pasai minggu-minggu yg depan X) Apa orang kata? Berfikiran jauh lah katakan :P

Sebenaqnya, aku dah mula sukakan....

Taktaulah apa dah jadi dengan aku sejak dua menjak ni. Setiap kali on twitter, aku kurang tweet. Apa aku buat? Taip nama truutt truutt lepaih tu baca tweets dia. Aku dah lama sedaq memang takdak faedah pun aku buat macam tu. Aku study sikit, aku baca tweet dia banyak. Aku study banyak, aku baca tweets dia lagi banyak. XD Tambahan lagi, sekarang study guna laptop. Amboih. Makin menjadi-jadi perangai baru aku. Astaghfirullah.. 

Dan sebenaqnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu, kau jua merindui aku..
Apabila ku merenung matanya.. ku rebah jatuh ke bumi.. 
- Yuna -

Pernah tak rasa jengkel bila kita sukakan seseorang ( .. tak pernah kenal pun. saja syok-syok suka ja.. ), lepaih tu lama-lama kita tak berkenan sebab mungkin sikap dia yg berlagak/kerek/poyo/bajet hot/handsome/cute dan sewaktu dengannya. Eee. Meluat pulak aku rasa :/ TAPI aku pernah lalui perkara tu.

[ Now Playing : Rindu Serindu-rindunya - Spoon ] 

Kira-kira 2 tahun lepas..

Aku dan seorang sepupu aku yg muda daripada aku ( ..for sure! ) usha seseorang yg boleh tahan ;P Setiap petang kami akan bersantai di depan rumah tok, borak-borak kosong dalam masa sama menunggu dia lalu depan rumah. Kadang-kadang nampak dia duduk rehat atas buai. Alaahaaai lemah lutut den tau :)

Masa pun berlalu. Aku pun makin dewasa. Bila balik kampung, perasaan girang tak tentu pasai mesti mai menerpa tak dapat dikawal. Haha. Masih perkara sama berlaku. Memandangkan aku dah dewasa, sepupu aku pun dah besaq, jadi kami usha dengan cara yg matang :D Astaghfirullah.. 

Sehinggalah tahun ini, 2012..

Aku rasa meluat tak terkata. Sebab apa? Dia sombong. Muka dia, cara jalan dia.. MashaAllah Tuhan saja yg tau. Barangkali aku dah celik, dulu masa usha aku muda lagi. Kesudahannya? Aku reject. Buang masa usha budak sombong. Mentang-mentang ada rupa :3

Lepaih tu, tanpa dirancang aku kenal dia sikit-sikit :O Mula-mula, tengok Youtube. Lepaih tu melalui twitter. Aku rasa seolah-olah rahmat Allah turun mencurah bila baru-baru ni dia tak private kan twitter dia. Terharu sangat haha. :'P

Sebenaqnya, aku buat semua ni hanya sekadaq mengisi lompong-lompong masa cuti sekolah. Sambil menyelam, minum air. Sejujurnya, aku masih admire dia. Semua orang boleh buat macam tu, cuma perlulah berpada-pada. Toksah lebih-lebih sangat ;) Semalam aku tengok video terbaru dia, nyanyi lagu Kau Pergi Jua - Adam Ahmad. Taktau kenapa, aku harap dia follow aku. HAHA. K perasan! Bai :)

P/s : Aku mimpi. Mimpi tentang opah. Bisik dekat aku yg cucu dia nak sambung belajar ke oversea tak lama lagi. Mimpikan seseorang yg takdak pertalian darah dengan kita pun. Peliknya :(