Mulai saat ini tiada lagi pilu menangisi kenangan yg lalu. Yg pergi biarkan berlalu. Tinggalkan aku dengan hidupku yg baru. Izinkan aku menghirup nafas dengan lancar tanpa sekatan yg pernah mengganggu pernafasanku akibat kesilapan dan keterlanjuranku. Allah..
Sabarlah menanti wahai Amirah. Mungkin kini bukan masanya dan masa itu pasti tiba bila kau sudah benar-benar bersedia :)
#1 PERKABARAN :
"Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya". Tak sabar aku menantikan hikmah atas segala perkara yg aku lalui. Tau tk? Si Capital R dah selamat buat confession dekat facebook,
In a Relationship
April 13, 2012
Amboih dia! Bukan main lagi nak menunjuk. Congrats dude! Untunglah kau dah ada kaaan :D Sebenarnya aku pun takdelah kisah sangat :) Cuma Allah itu Maha Mengasihani, Dia nak aku tau segalanya. Biar semua jelas di pandanganku. Nak dijadikan cerita, aku terjumpa facebook dia dekat friendlist 'kawan', makanya jari-jemari pun cepat menekan nama tu dan...
ZAAAAAAP!!!
Ambik kau mira! Haha. Sentap? Buat apa nak sentap, tiada maknanya :) Berjuta lelaki yg lebih elok, lebih beriman dan lebih sedap mata memandang dekat luar. Cuma buat masa sekarang, aku tak nampak. Biarlah kita cari pasangan yg kekal, bukan jenis pakai buang. Perempuan itu mahal harganya. Lebih mahal daripada sebuah mahligai bertakhtakan permata. Darjat perempuan yg tinggi harus dipelihara. Semua insan tiada seorang pun yg sempurna baik dari segi imannya atau dirinya. Aku pun sama dan aku reda. Reda, tak bermakna berserah bulat-bulat kepada takdir. Mungkin susah nak didik diri jadi lebih baik tapi usaha tetap usaha! Terserah kepada Allah untuk menentukan takdir untuk kita semua, kaum Hawa..
Hidup dan mati hanya kerana Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia Yg Satu.

