[ Playing : Perpisahan Terasing - KRU ]
Separa jiwang separa kecewa walaupun tiada sebarang kekecewaan yg terkini berlaku. Kini semuanya baik-baik sahaja :) Tau atau tidak? Hati aku terpaut pada bait-bait kata ustazah yg pada aku membawa makna yg terlalu mendalam.
" Jika kita sayangkan seseorang, jangan disayangi sepenuh hati tetapi tinggalkanlah sedikit perasaan benci di dalamnya dan andainya kita membenci seseorang, jangan membencinya dengan sebenci-bencinya, titipkan sedikit rasa sayang terhadapnya. Kerana sesungguhnya tiada apa yg kekal melainkan Allah. Walaupun dia adalah pasangan kita, suami atau isteri kita, bila-bila sahaja bisa bertukar milik. "
Indahkan kata-kata tu? Makanya kita wajib sayang kepada ibu kita, ayah kita, kekasih kita ( ..kalau ada la haha. heeey. aku takde lagi k. jangan fikir luar alam tentang aku orait :D ), adik-adik kita, suami atau isteri kita ( ..bila dah kahwin la ^^. ) TETAPI berpada-pada sebab walaupun pada pemikiran insan mereka adalah milik kita, namun hakikatnya mereka bukan milik kita SELAMANYA. Sedihkan?
Tetapi tak mengapa, jangan berduka. Allah itu Maha Berkuasa.
Hati aku kini sedang porak-peranda. Ayah kesayanganku ajak teman dia balik Kedah untuk 4 hari seminggu sebelum this coming mid-year exam. Memang tak sampai hati nak tolak tapi..
---> 1) Ponteng sehari.
Takdelah susah sangat nak cuti kalau setakat sehari. Masalahnya Isnin; add math, chemist dan math modern. Aww :3
---> 2) Bala!
AKU TAKUT NAK BALIK SANA. Tak faham? Sebab for sure aku akan jumpa capital R yg tinggalkan aku bersama kesengsaraan dan pergi menjauh berbahagia dengan girlfriendnya. Dan semestinya. Luka dulu bakal terguris dan terus diguris barangkali sampai aku balik KL.
[ Playing : Pergi Saja - Geisha ]
Huuu. Menangis weh haha. Dalam diam-diam, aku tujukan lagu ni untuk dia :) Ceh. Buat cerita sedih pulak kau Amirah..


