Hidup tak selalunya indah. Walhal yg indah itulah sebenarnya adalah duri-duri tajam yg menyucuk hati sanubari sedikit demi sedikit tanpa kita sedar. Oleh itu kita diingatkan supaya jgn terlalu berbahagia dgn kehidupan skrg. Memang peluang hanya dtg sekali. Dlm suatu jangka masa pendek, ya. Peluang tersebut memang hanya muncul sekali, tetapi ingatlah! Allah tidak berlaku kejam terhadap hambanya. Sesuatu yg baik pada kita tidak semestinya baik di mata-Nya dan sesuatu yg kita rasakan tidak baik itu selalunya lebih murni di sisi-Nya. Jgn mengukur sesuatu mengikut ukuran duniawi.
Apa-apa pun, semua rencana pasti ada hikmahnya. Sesukar mana sekali pun, kita harus mencuba untuk mempertimbangkan peluang di depan mata itu sama ada baik untuk diri atau akan lebih memudaratkan kehidupan yg sedia ada. Akan menjadi lebih susah bila ia melibatkan hati dan perasaan.
Fikir masak-masak sebelum buat sesuatu kerana segalanya adalah di bawah tanggungjawab sendiri; tanggung di dunia, jawab di akhirat.

