Jangan kau janjikan apa-apa terhadapnya jika diri sendiri masih tidak mampu menunaikan janjimu sendiri.
Jangan kau beri segunung harapan kepadanya jika pengharapanmu tidak kau utuhkan terlebih dahulu.
Jangan kau tukar fitrah manusia sehingga menjadi fitnah, kerana dirinya.
Jangan kau hampakan hatinya jika hati sendiri tidak mampu kau pelihara.
Jangan kau tiupkan bait-bait kata manis di dalam sanubarinya jika kau hanya sekadar berfoya-foya.
Dan jangan kau bermain dengan perasaannya kerana perasaan adalah pangkal kepada segalanya.

