Allah.
Hikmah-Mu sangat luas. Aku tak mampu meneroka atau menggali maksud disebalik setiap takdir yg Kau tulis untuk aku dlm hidup ini. Tapi yg pasti Kau tak pernah mengecewakan hamba-hambaMu yg hina ini walaupun selalu saja kita yg diduga berburuk sangka dgnNya dan menyalahkan takdir. Apa yg aku, kau dan sekalian manusia di bumi ini impikan tak semuanya terjadi. Kita merancang, Allah melakukan. Bila kau jatuh, dgn merangkak kau cuba bangun walaupun sakit sangat kau rasakan. Kau cuba. Kalau kau kekal dlm kejatuhan itu, kau mati. Kau tak mungkin hidup sebab putus asa. Waktu itu, kau akn mula sedar bahawa tiada Tuhan selain Allah yg berhak di atas segalanya. Dialah yg mengatur naik turun hidup kau. Waktu itu jugak, kau akn mula sedar betapa kasihnya ibu bapa kau terhadap kau. Bukan sebelum ini mereka tak kasih atau kurang kasih, tapi waktu ini kau dapat merasakan keikhlasan kasih syg mereka dgn sedalamnya terhadap kau yg mungkin sebelum ini kau kurang menyedarinya. Kau bangkit walaupun pedih. Kau seka air mata walaupun sedih. Kau mara ke depan walaupun kaki kau berat dan terketar-ketar nak membayangkan hari muka. Apakah? Adakah? Mengapakah? Berlegar-legar tanda tanya. Dulu dan sekarang, lain. Kau dah besar, ujian kau pasti makin hebat utk membentuk diri kau, hambaNya yg gagah. Aamin. Kadang-kadang kau tak sedar kenapa ujian ini dtg kepada kau sedangkan kau dah besar? Kau tak sedar kau dah besar. Allah, suatu hari Kau buka laluan kecil yg dipandu cahaya samar utk aku berjalan. Walaupun samar, kau kene bersyukur. Sebelum ini Dia biar kau meraba dlm kegelapan buat sementara, dan kau belajar erti husnuzon. Bersangka baik kpd Pencipta. Kesamaran itu aku harap dpt memacu hal ini ke arah yg lebih terang. Pencerahan.
Bila kau dah besar, makin matang, kau akn dpt rasa cintanya Allah dan ibu bapa kau terhadap kau tiap kali dugaan menerjah ke dalam hidup.
Cinta Allah,
Cinta Ibu Bapa.
Alhamdulillah.

