Assalamualaikum w.b.t!
1. Puas sangat rasanya! Alhamdulillah aku sukses download lagu baru. Dan alhamdulillah sebab internet dah kembali laju hahahha :*
2. Telinga kita pun boleh buat dosa, tau tak? Astaghfirullah.. Kalau dicongak-congak memang selalu jee telinga kita buat dosa. HARI-HARI. Sebab antara dosa telinga...
Tidak mendengar peringatan Allah
Peringatan-peringatan tuu semuanya ada dalam kitab cinta. Dekat mana lagi kaan? Takkan dalam komik Doraemon kot ;) kitab cinta; al-Quran dan sunnah.
Tips : kene mula baca terjemahan al-Quran, faham, dan cuba amalkan yg mana mampu. Yg mana rasa tak mampu kene jugak buat-buat mampu sebab sampai bila-bila rasanya kita ni takkan mampu, yee cik mira~
Dengar fitnah / mengadu domba
Astaghfirullah.. Kene cuba elak-elakkan..
Tidak menyahut seruan azan
"Ingatlah pada hari yg amat susah (kiamat) dan mereka diseru supaya sujud (tunduk), tetapi mereka enggan. Rendah pandangan mereka (takut) serta ditimpa kehinaan. Dahulu mereka diseru supaya sujud sedang mereka dalam keadaan sihat (tetapi mereka enggan)."
Surah al-Qalam : 42-43
Suka mendengar lagu atau nyanyian yg melalaikan
Yg nii semua orang selalu buat, termasuk aku! Dekat radio tuu semuanya lagu merepekss. Pasal cinta jeee. Baik lagu melayu, indon, orang puteh. Cuma waktu nak masuk waktu solat jee baru ada la lagu nasyid dekat radio. Haha bila fikir balik pelik jugak macam mana boleh jadi macam tu. Macam.. Tah ler mak pun taktau nak cakap. Pandai-pandai fikir jee la ;)
"Para ulama kebanyakannya mengharamkan semua jenis lagu yg melalaikan kita daripada mengingati Allah. Ini kerana kebanyakan rentak lagu barat itu sungguh menggilakan dengan tema pemujaan nafsu, maksiat atau berbaur lucah"
Bila fikir-fikir balik zaman sekarang nii bukan lagu barat jee macam tuu, lagu orang melayu pun dah banyak bertemakan maksiat. Bila aku dengar jee, mesti confirm ada rasa terhanyut, terbuai, terberangan, terkenang dan segala ter. ANGAU. Senang cerita la kan. Astaghfirullah.. Kita nii lemah. Dengan manusia bolehlah kata "aku kuat!", but at last kau lemah jugak dengan syaitan!
"Sesungguhnya telah berjaya orang yg beriman, (iaitu) mereka yg khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yg berpaling daripada perkataan yg sia-sia."
Surah al-Mukminun : 1-3
Aku pun takdelah bagus sangat. Ada la jugak dengar lagu-lagu yg menglalaikan jiwa tuu tapi tak sekerap dulu. Alhamdulillah memandangkan internet makin laju heehee dapatlah aku top up koleksi nasyid dalam phone dengan mp4. Lagu yg karut-marut tuu jomlah kita delete sikit-sikit. Memanglah sayang nak delete *aku la tuu ;p* tp pejam mata jelaa. Rasa sayang nak delete tuu pun muncul waktu time kita nak delete jee, lepas tuu hilang. Dah la mira~ Tak payah nak sayang-sayang sangat, dunia nii sementara akhirat yg kekal. Fikirkan masa depan dan 'masa depan' (akhirat).
Harap bermanfaat kepada kawan yg membaca, inshaaAllah :)

