* HEEP HEEP HOORAAAY! *

My photo
Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
Instagram

30.1.13

Sumpah Aku Tak Ready Allahu :'(


Assalamualaikum w.b.t!

Berjumpa lagi kita hari ini dalam rancangan CUCOQ KEMBONG! Bersama host biasa *treng treng trengg* Miyaah Kembang~

Woot woooooott~ Pewwitt~

Semalam aku dah terbang ke alam bunga-bunga. Siap karang puisi tak jadi lagi. Hahaha *malu*
Beberapa hari sebelumnya, aku jumpa Tom Cruise dgn Aaron Aziz! :P
Nampaknya Tom Cruise lagi hot bebeh gitu. Viewers cerita Tom Cruise tiba-tiba ja melambung tinggi. Mana dtg taktau nak kata apa hehee. Terima kasihlah daun keladi kpd sesapa yg sudi minum kopi lepak di sini.

1. Aku pi Midvalley tadi tp tiba-tiba sampai Bangsar. Haha awat jadi cmtu? Kata ayah aku, "haa.. Tu lah magic!" yaa magic bebenor heheew

2. Dekat Mid aku jumpa Maria Sharapova *eja betui ka?* tp aku bukan jumpa dia. Aku jumpa datuk dia. Haha lawak lawak.

3. Aku tak jumpa sesiapa pun. Tak mengharap pun.

4. BACA NO 5!

5. Traffic jam gila betui waktu balik. Nak kata org balik kerja, malam kot. Dalam pukui 9 lebih malam waktu paris *ee perasannya pompuan nii* yaa aku la tuu. NO 6 PENTING

6. ADA ACCIDENT. YA ALLAH AKU TAKTAU NAK LUAHKAN CMNA DEKAT SINI. Bayangkan jaa enjin keta yg besaq tuu boleh terpelanting ke jalan sebelah *iaitu jalan yg aku sefamily guna*. Accident tuu jadi dkt jalan arah org nak mai, aku dkt jalan org nak balik senang ceritalah. Keta polis memang 7-8 buah, bomba 2 buah. Dari jauh bila aku dah nampak bomba, aku dah syak dah nii mesti org accident tuu tersepit! Devider jalan yg besi tuu pun kene rempuh. Dah tak nampak bentuk dah. Kebetulan ayah aku drive keta dkt lane tepi sekali, yg tepi divider. Aku bukak tingkap. Real gila time tuu. Depan mata aku nampak mayat mangsa! Ya Allah aku betui-betui taktau nak kata apa. Tp mayat tuu polis dah cover dengan plastik hitam. Adalah dalam 2-3 helai plastik tuu, taktau la berapa org yg meninggal. INNALILLAHI WAINNA ILAIHIRAJIUN. Keta tuu memang hancur habis! Ada lori terbalik terus! Aku nampak tayar lori ja, lori apa taktau tp besaq jugak la. Ada beberapa keta pun accident jugak. Keta yg ada org meninggal tuu keta yg first kena rempuh. Dia yg dekat depan sekali. Remuk! Aku tak dapat bayangkan berapa laju depa drive and berapa besaq impulsive force sampai enjin keta boleh melayang keluaq jauh!

7. This is the worst accident. Depan mata aku, for real. Selalu accident yg ada mayat ni kita tengok dekat berita takpun 360 dekat tv3 ka.

8. Cmna la family depa bila dapat tau depa dah tkdak. Kalau depa org Islam, cmna la kan. Kesian sangat. Cmna anak-anak depa bila dapat tau mak ayah dah takdak. Berat sungguh ujian Dia. Ya Allah aku dapat bayangkan cmna sebab aku pun dah 4 kali kehilangan org yg rapat.

9. Alhamdulillah aku sefamily takdak dekat situ masa rempuhan. Buat enjin tuu melayang dekat kami? Nauzubillah... Kami betui-betui tak bersedia lagi nak bertemu dengan-Mu. Banyak lagi perkara yg kami nak perbaiki :"(

10. Sesapa yg pernah hilang kaum kerabat yg rapat sgt depa faham kot. Bukan senang nak terima org yg kita sayang pulang buat selamanya. "Setiap pertemuan pasti ada perpisahan" senang ja dengaq. Org yg menanggung rasa tak tertanggung sebenaq-benaqnya. Hanya Dia ja mampu faham perasaan kita :"(

AL-FATIHAH.
KALAU MANGSA TADI TUU SAUDARA ISLAM KITA, SEMOGA URUSAN DEPA DI SANA DIPERMUDAHKAN DAN BAHAGIA DI SYURGA SANA. AAMIIN.

INGATLAH YG MATI TAK KENAL USIA PADA AKHIR ZAMAN NI.

Assalamualaikum.