* HEEP HEEP HOORAAAY! *
- Amirah Asri
- Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
23.1.13
Allah, Guide Me.
Assalamualaikum w.b.t
Semoga dirahmati Allah hendaknya :)
04:15
Bismillahirrahmanirrahim..
Nak tulis apa ni? *sambil mengusap-ngusap keybord*
Dah lama aku tak post apa-apa dkt sini. Dan sekarang, masih menggali idea dari dalam fikiran yg semakin hari semakin kontang.
Nombor pin UPU dah dapat! Ha-ha-ha apa lagi? Aku pun dah mula pening, dilema, dan confuse. Courses yg bakal diisi nanti dah decide, cuma U mana nak letak dulu nii? Hahaha nampak remeh jee kan? Tetapi bagi aku itu yg sgt perlu dititik beratkan! *tengok? tatabahasa pun tunggang-langgang* Oleh disebabkan masalah ini, hari-hari yg kujalani agak terumbang-ambing. Tidur tak menentu. Over gilakan? Dah macam nak pergi berperang jee gamaknya. Cisss itu semua poyo!! Hahahahaha
Sehari suntuk aku baca blog seorang kakak ni. Seorang ex-PASUM, dpt tajaan MARA and now she is in India, further her study in medic. Apa itu PASUM? Program Asasi Sains Universiti Malaya :)
Yeah aku dengar orang cakap susah nak masuk UM. Budak-budak yg betul pandai jee dapat. Yg tercabarnya bila orang-orang tu jugak yg bercakap mengatakan budak-budak UM selalu score pointer 4 flat, tak pun 3.8 and above. Gila ah! Bapak pandai gila kalau macam tu.
Sedikit sebanyak, aku dah semakin nampak hala tuju aku. Since balik dari Langkawi baru-baru ini, jumpa bapa saudara aku kene brain wash sikit dgn dia. Hahaha actually he was really helpful. Alhamdulillah. From zero and now at least i have something. Semakin hari aku semakin tak sabar nak jejak kaki masuk U. Aku tak sabar nak jadi somebody, inshaaAllah. Semoga aku dapat capai apa yg aku mahukan selama ini dan dipermudahkan segala urusan ya Allah. Aamiin ya robbal 'alamin..
" Besar lagi cita-cita kita, besar lagi dugaannya, dan besar lagi pengorbanannya."
