Assalamualaikum.
SPM sudah habis. Kini, masanya utk kubuka lembaran hidup yg baru, menarik, tertarik kau memang deebooom! :P
Dua hari sebagai penganggur. Ah! Terasa bagaikan seminggu. Bagaimana aku nk hadapi tempoh pengangguran yg berbulan-bulan lamanya tanpa berbuat apa-apa? Membaca novel, buku ilmiah, menonton televisyen, segalanya telah aku buat. Even game Angry Bird pun telah aku sapu sekali. Tetapi, masih ada suatu kekosongan di situ *tunjuk dkt hati..* Walaupun statement ini agak ''errrr..'' tetapi, aku betul-betul rindu nk pergi sekolah! Aku rindu nk buka, pegang, baca buku-buku sekolah, pegang pen sambil tulis nota. Ah! Sebenarnya semua itu nikmat. Nikmat seorang pelajar :)
Sejak dua menjak ni, aku selesa tulis blog guna ayat skema. Haha. Motif? Aku teringin nk menulis karangan. *lap air mata* :')
Hari terakhir aku di sekolah yakni hari terakhir SPM, aku tk dpt berjumpa dgn pengawas peperiksaan tu. Sedih mmg sedih. Kecewa mmg tersangatlah kecewa. Kukira tiada rezeki utk aku bertemu dengannya lagi. Hmm sehari suntuk diriku diselubungi rasa kecewa. Niat di hati hendak aku mengucapkan terima kasih tetapi tidak kesampaian :'(
Cerita yg terakhir. Akulah insan yg paling teruja, mengira detik menanti 8 Disember. Kini, tarikh itu semakin mendekati dan terus mendekati. Aku pun keliru. Bersediakah aku? Pasti sesiapa yg membaca post ini tertanya-tanya, apakah yg aku nantikan? Tunggu sahaja detik itu muncul. Biar sahaja aku melaluinya terlebih dahulu. Harapan aku, semoga tiada perkara luar biasa terjadi.
3K : kosong, kecewa, keliru.

