* HEEP HEEP HOORAAAY! *
- Amirah Asri
- Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
7.9.12
Pergi.
Assalamualaikum.
Firstly, takziah kepada Dato' Dr Sheikh Muszaphar dan keluarga. Walaupun sudah tentu ucapan ini takkan sampai kepada beliau tapi tak apa. Ayah beliau dah kembali ke Rahmatullah pagi Jumaat [ 7.9.2012 ]. Semoga beliau tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman insya-Allah. Al-Fatihah.
The second thing; Taktaulah. Aku dah kerap lalui saat-saat kehilangan insan yg tersayang. Aku dapat bayangkan kehibaan yg mereka alami. Setiap kali aku dapat tahu cerita-cerita sebegini, aku sedih. Sedih yg tiada siapa dapat faham melainkan Allah. Even ibu bapa sendiri pun takkan dapat faham apa yg aku rasa sebenarnya. Seakan-akan aku boleh selami apa yg mereka rasa, mereka lalui.
Hari-hari mereka akan disirami kegelapan. Buat seketika. Semuanya kosong. Terasa seperti hilang segalanya. Hati terasa direntap, dirobek dan dimamah kesedihan. Kaki yg melangkah tiba-tiba longlai. ''Ke mana kudratku selama ini?''. Sesungguhnya saat kehilangan itu sangat 'indah' untuk diungkap, sangat 'berharga' untuk dikongsikan dan sangat 'istimewa' untuk difahami oleh insan lain. Sekuat mana pun kita, seperkasa mana sekali pun kita, suatu hari nanti pasti kita lemah. Tersangat lemah. Saat itulah kita merasai betapa kerdilnya kita, betapa hinanya kita yang hanya mampu menyeka air mata melihat dia yg kita sayang dibawa jauh dari kita. Pada waktu itu jugaklah kita akan tersedar, kita tidak mampu menahan kehendak Dia yang menginginkan kekasih-Nya kembali.
Al-Fatihah kepada seluruh muslimin dan muslimat, sama ada yang telah pergi mahu pun yang masih hidup.
Al-Fatihah...
