* HEEP HEEP HOORAAAY! *

My photo
Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
Instagram

22.8.12

Aidilfitri / Nightmare


Assalamualaikum, haaai. Hehe.

Hm. Agaknya macam mana la sambutan raya kawan-kawan aku? Kalau aku.. Hm. Berjela-jela untuk ditaip dekat sini.

Yg pastinya ; raya tahun ini adalah yg paling luar biasa, menggerunkan!

Ada perkara yg aku harapkan berlaku, alhamdulillah tetap berlaku walaupun terpaksa berperang dengan perasaan sendiri. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian? Hm.

Antara perkara yg menggerunkan aku :

#1 : pengharapan yg tergantung tidak bertali, secara tiba-tiba.

Hatiku telah dikunci dan ingatanku terhadap perkara yg tak sepatutnya telah kuleburkan. Malam hari Jumaat, aku sampai di kampung dgn segunung pengharapan. 
[ Tengok! Bertapa besarnya font size yg aku gunakan, tapi tetap tk mampu menandingi besarnya harapan aku pada waktu itu.. ]

Harapan?? Ya! Harapan aku tk lain dan tk bukan >> utk tidak berjumpa dgn makhluk Allah yg satu itu. Tapi..

Takdir Allah menyatakan bahawa aku harus menempuh hidupku selama sehari dengan kehadirannya yg tanpa dipinta. Nak marahkan siapa bila perkara yg dirancang tk menjadi? *menghela nafas panjang* Perkhabaran dari sumber tertentu yg kononnya penghuni rumah itu tk beraya di Alor Setar memang benar, tapi kenapa aku tak pernah terfikir akan keberangkalian utk dia pulang lewat ke kampungnya? ''Hm. Tu la mira.. Kau yg gelojoh sangat.. Pandai-pandai buat kesimpulan sendiri tanpa fikir panjang.. Yg kau tau sedih..sedih..sedih.. Hmmm.. ''. Ya. Sekarang aku tau siapa yg harus dipersalahkan.

Ambooi. Panjang benar pendahuluan aku, isi tak masuk lagi. Hehe. Okay serius.

Cuba bayangkan, apa awak rasa bila dapat tau yg awak tak mungkin dapat jumpa kawan awak pada raya kali ni. Sedihkan? Awak hanya dapat jumpa dia bila awak balik kampung je. Lepas awak dah puas bersedih, dengan segala kudrat yg ada awak pun mulalah kumpulkan kekuatan untuk terima kenyataan dan awak pun pahatkan dlm hati, walau apa pun yg terjadi awak memang takkan jumpa dia. Tapi.. Bia awak sampai dekat kampung, awak tengok rumah kawan tu terang-benderang. Walaupun rumah tu sunyi tapi hati awak tetap berkata, '' ..dia ada dalam rumah.. ''. Ada tak awak rasa macam ditipu? Kalau ada, bagus. Maknanya hati awak masih hidup. Untuk kepastian, awak bertanya kepada sepupu kesayangan awak. Betul ke kawan awak tu ada dalam rumah tu?
'' Ya, dia ada.. ''.  Confirm awak rasa bersyukur tk terhingga kan? :)
Kali ni awak cuba bayangkan,  cerita yg sama tapi watak yg berbeda. Gantikan kawan awak  yg awak sayang, yg awak rindu dengan seseorang yg awak tak suka, yg awak harap takkan berjumpa dengan dia buat selama-lamanya! [ ..walaupun ada kalanya awak berharap yg sebaliknya.. ]

Kalau awak dapat bayangkannya, alangkah baiknya kalau awak dapat melangkah masuk ke dalam dimensi hidupku terus. Sekurang-kurangnya aku tak ketakutan dan resah menghadapi warna-warni di ambang Aidilfitri tahun ni.

Apa yg telah terjadi sekali pun, setiap kepahitan tetap disulami dengan kemanisan jua akhirnya. Aidilfitri, walaupun gerun untuk diingati namun tetap terselit keindahan yg tk dapat ditandingi oleh Aidilfitri sebelum ini.