Letak buku Physics dekat tepi, bukak laptop cari blog.. :)
Sejak balik dari sekolah tadi, ada sesuatu bermain di fikiran aku. Patutkah hanya sebelah pihak yg dihukum kerana kesalahan kita terhadap pihak yg lagi satu? Macam tak waras pulak rasanya bila buat macam tu. Kesian pihak yg teraniaya tu.
FAKTA :
Lelaki memang tak suka perempuan buat dia tertunggu-tunggu. Contohnya dalam hal membalas mesej.
Sekian :)
Masih segar bugar lagi ingatan ini terhadap suatu peristiwa. Masalahnya tidaklah sebesar yg disangka tapi bagi perempuan yg sememangnya diciptakan untuk menjadi sensitif, benda macam ni pun boleh meninggalkan kesan. Antara kawan dan sahabat adalah dua benda yg berbeza bagi aku. Sahabat adalah tinggi 'darjatnya' daripada kawan. Bila kita melayan seorang teman yg mampu membawa seribu duka kepada diri kita andai kita kehilangan dia, tolonglah jaga perhubungan.
Aku pernah buat silap sebab semua orang tak sempurna. Hanya kerana aku utamakan kawan daripada sahabat, membuatkan aku kehilangan kedua-duanya. So, dahulukanlah sahabat daripada teman dan dahulukan teman daripada kawan. Apa-apa pun, Allah sudah semestinya yg wajib didahului.


