* HEEP HEEP HOORAAAY! *

My photo
Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
Instagram

8.4.12

Milik Siapakah Muslimah Itu?


Sekarang ramai remaja pakai shawl [ ..haa aku pun tergolong sekali la kiranya.. ]. Tapi bila dah lama-lama makin ramai yang lilit sana lilit sini. Bila dah solat kan susah nak melilit bagai. Bagi yang cekap melilit tu takpelah tapi yang tak cekap tu? Haa jawab dalam hati jelah ya. Nak pakai shawl tak salah, tudung saji dekat dapur tu pun boleh janji menutup aurat :) Pergi mana-mana bersepah orang melilit maka trend memakai shawl dah rasa makin lapuk. Boring. Bagi aku. Rindu nak pakai balik tudung bawal.

Contoh; bila berjalan-jalan dekat One Utama dengan pakai tudung bawal terasa seperti diri terlalu special. Cewah! Haha syok sendiri aku kan tapi itu adalah hakikat. Tak percaya sudah :)

Agak-agak bilalah Allah nak tetapkan trend tudung labuh jadi ikutan?

Kalau pergi One Utama, sekali setahun pun tak tentu lagi dapat jumpa kakak-kakak bertudung labuh. Namun  Dia sudah tetapkan habuan buat aku terserempak dengan mereka. Muslimah yang bertutup auratnya dengan sempurna pasti memiliki wajah yang ayu dan cantik. Mereka tak tempek bedak 10 inci tebalnya, tak pakai gincu merah menyala tapi wajah mereka berseri-seri. Mungkin Nur yang terpancar itu adalah hasil daripada usaha mereka menjaga aurat. Untungnya mereka yang dah dilahirkan untuk menjadi seperti itu, yang terdidik ke arah itu. Kita, wanita sederhana bukan mustahil untuk ikut jejak mereka tapi istiqamah sangat penting. Kekuatan dari pelbagai aspek juga penting. Syaitan ada di mana-mana. Menghasut bila-bila saja.

Tadi. Aku masuk ke surau untuk solat. Aku dengar suara seorang perempuan yang tersangatlah lunak, lembut dan merdu tak dapat aku gambarkan. Suara itu bukan bernyanyi tapi mengalunkan ayat-ayat Allah. Subhanallah... Selama 17 tahun aku hidup baru sekali aku dengar suara seorang kakak membaca ayat-ayatNya sesedap itu, LIVE! Rupanya kakak itu, bertudung labuh, berjubah, dan sedang mengimamkan solat. Mashaallah.. Terasa nak peluk kakak tu dan nak kenal dengan lebih dekat. Terasa hina diri jika nak dibandingkan dengan kakak tu. Bagai langit dengan bumi. Andai seluruh wanita Malaysia berpakaian macam tu, mesti sejuk hati ibu yang mengandung dan mesti ramai lelaki-lelaki soleh idaman muslimah terlahir..