[ Playing : Kau Kekasihku - Siti Nurhaliza ]
Setelah berhari-hari berlalu, akhirnya terlerai jugak kegusaran aku selama ini. Abah tak jadi balik Kedah :) Ada smiley tu bukan bermakna suka abah tak balik sana, hati siapa yg tak rindu nak jenguk kampung? Walaupun tiada siapa lagi dah dekat sana, tinggal kenangan :(
Hari-hari aku harap aku dapat menetap dekat Alor Setar, jadi orang sana, sekolah dekat sana, supaya dekat dengan kampung. Sob.. ( ..bergenang mutiara di kelopak mata.. )
Tukar lagu.
[ Playing : Akulah Kekasihmu - Axl ]
Rabu lepas, for the first time aku menyarung kembali baju PBSM :D Dah nampak kusam tau tak? Kihkih. Bila lagilah aku akan pakai baju tu balik. 2 hari aku terasa famous terutama hari rabu hehe.
Isnin :
- sesi fotografi kelas -
Rabu :
- sesi fotografi Kelab Agama Islam, Permainan Dalaman, Rumah Sukan Sigma, PBSM -
Nampak tu? 5 kali tangkap gambar. Sila darab 2 bagi setiap satu sesi untuk mewakili gambar candid ( ..kene faham la. bukan senang muka yg tak seberapa ni nak masuk majalah sekolah, banyak kali pulak tu.. huhuu.. ) Bak kata kawan, nanti boleh la tunjuk dekat anak-anak. Hihi jauh betul dia berfikir tapi memang betul pun. At least ada perkara yg dapat memotivasikan mereka nanti wahai bakal anak-anak insyaAllah :)
( ya Allah.. kenapalah aku cerita benda ni. malunya >.< )
P/s : Kita mesti berfikiran jauh supaya hidup tak sia-sia ^^.
Hee. Peace no doubt :)
Hati dia aku tak boleh nak duga, apatah lagi tindakan dia. Sedang aku sibuk menunggu turn sesi fotografi, terperasan ada mata yg sedang memerhati. Aw malunya. Malu sebab diperhati satu hal, malu sebab dari atas sampai bawah aku warna putih. Dari tudung sampailah kasut. Nasib baik kasut putih hitam kelabu, tak basuh! XD
( yelah. pbsm kan! -,- ). Gaya pocong salah masuk sekolah pun ada ._.
Takdir sudah tertulis. Dalam satu gambar, aku berdiri atas kerusi dekat belakang dia :'D Memang betul-betul belakang dia. Rasanya masa tu muka aku dah menebal 3 inci. Haha. Dalam gambar yg lain, dia pulak berdiri belakang aku *__* Ya Allah. Istighfar jelah banyak-banyak waktu tu.
Syukur sangat kami dapat berkawan kembali, alhamdulillah ^^.


