Segala yg akan berlaku adalah perkara ghaib. Hanya Dia yg tahu dan tidak mungkin kita mengetahuinya.
Yakinilah selepas segala kemarau yg datang melanda untuk menduga, pasti rintik-rintik hujan bakal membasahi kekeringan tanah, menyuburkan dedaun yg tidak bermaya dan menceriakan hati insan-insan yg berduka.
Alhamdulillah, syukur nikmat kepada yg Esa.
Perit-jerih yg dilalui pasti ditutupi dengan selembar kegembiraan dan kebahagiaan yg tidak disangka. Apakah itu juga merupakan suatu dugaan? Kebahagiaan yg tidak diminta tiba-tiba datang di depan mata tanpa diundang. Jangan dipertikaikan lg segalanya. Tutup mata dan rasailah nikmat kebahagiaan walaupun seketika sebelum ia kembali semula kepada Sang Penyayang.

