Aku impikan diriku yang sentiasa mengalirkan air mata ..
Akibat rindunya aku pada Penciptaku ,
Akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat ,
Akibat segannya aku kerana sering menipu kecintaanku padaNya .
Aku impikan diriku yang sentiasa bergetar hatinya ,
Pabila nama tuhanku disebut ,
Jantungku berdegup kencang ..
Bila disebut azabNya ,
Tetapi tenang semula ..
Bila dicerita kasih sayangNya .
Aku impikan diriku yang setiap detik mengingatiNya ,
Akan nikmatnya yang tidak terhingga ,
Kerana aku tiada apa-apa ,
Dialah yang Maha Pemberi .
Aku impikan diriku yang sentiasa bertawakal padaNya ,
Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku ,
Maha Suci dari menzalimiku ,
Kerana Dia Penciptaku ,
Yang penuh dengan kecintaan pada makhluknya yang dhaif seperti aku .