* HEEP HEEP HOORAAAY! *

My photo
Coretan di kala kebosanan tika melalui jalan hidup yg turun naik. Hey, segalanya niat lillahi ta'ala dan aku masih dalam proses membaiki diri.
Instagram

17.4.24

Empat Tahun Kemudian..

Assalamualaikum.

Selepas 4 tahun menyepi, aku kini kembali menulis di sini. Random.


Masa berlalu.

Telah aku tinggalkan hidup melankolia.

Genap setahun empat bulan, aku berpaling dari kisah lalu.

Di samping seseorang yang ku panggil suami, aku bersyukur kepada Tuhan.

Dianugerahkan oleh-Nya, 

seseorang yang sangat baik dan bertanggungjawab.

Dia telah mengusik hati rapuhku.

Dia lah yang membuka kembali hatiku (dengan izin Tuhan) untuk membuka lembaran baru.

Di saat aku telah berputus asa untuk mencari cinta yang ikhlas,

dia pun hadir memberi percaya dan yakin.

Alhamdulillah.

Semoga Allah panjangkan jodoh ini sehingga akhir hayat kami, hingga Syurga.

Amin.


Pada tahun kedua ini,

aku masih berdoa dan berharap untuk diberikan rezeki;

rezeki untuk kami berada di sisi masing-masing setiap hari.

Kesabaran yang menguji.

Semoga kami temukan kemanisan yang berpanjangan tidak lama lagi.

Ku titipkan doa ini. Tanpa henti. Tanpa jemu.


Amin.

InshaAllah.

Semoga Allah permudahkan hal ini.




13.6.20

Masih mencuba (:


Assalamualaikum kepada hati ini yg makin hari masih mencuba
mencuba dan terus mencuba
menjadi lebih baik
jatuh terjatuh dan bangun
ada masa aku disambut
walau jarang sekali terjadi
seringkali aku bangun sendiri

Aku masih mencuba
untuk memahami erti sebenar
redha,
berserah,
dan
erti pergantungan sepenuh pengharapan
kepada yg Maha Layak.

Kehadiran dia yg datang dan pergi
membuat aku penat
makin hari aku letih
untuk berharap kepada insan yg dicintai
kerana sesungguhnya
Tuhan yg membolak-balikkan hati hambaNya

Siapakah aku untuk mengawal sebuah perasaan?

Oleh itu,
aku lepaskan.
segalanya.
Untuk Allah melaksanakan tugasnya yg Hakiki
menetapkan yg terbaik lagi terindah untuk diriku
yg banyak dosa dan cela.

Aku masih mencuba
melepaskan insan yg tidak ditakdirkan untuk menjadi milikku
mungkin belum tiba waktunya
atau mungkin tidak akan tiba waktu itu.
Semoga aku diberi kekuatan
dgn kehidupan turun naik ini
melayari hari-hari tanpa secebis pengharapan kepada manusia
Semoga hati yg robek
diberi kekuatan untuk bertahan
diberi jalan untuk diperbaiki
menjadi sebuah hati yg elok, kembali hidup
untuk disatukan dgn sebuah hati yg bakal Allah temukan
pada waktu yg terbaik.

Ya Allah, lapangkan hatiku tabahkan hatiku
menerima setiap kehilangan
dgn hati yg terbuka ikhlas.

Aku tidak mahu membayangkan kisah dulu
walaupun rindu
terkilan
kecewa
mungkin ini natijahnya.

Rabbi yassir wala tu'assir
Rabbi tamim bil khair

semoga dipermudahkan segalanya.

5.10.19

Kembali menulis



Selepas bertahun-tahun meninggalkan blog.
Aku kembali.
Mungkin aku sekadar singgah di sini sementara waktu
untuk mengalirkan sebahagian rasa yg makin menekan jiwa. 
Waktu berlalu. Umur bertambah. Mereka datang dan pergi.
Aku takut akan kehilangan sehinggakan aku tidak mampu yakin untuk berkongsi dengan mereka.
Rakan. Keluarga. Mereka hanya pinjaman bagiku.
Di sini, walaupun ku menulis tanpa respon cukuplah untuk aku melepaskan sedikit rasa.

Hari ini, 5 Oktober 2019. Allah mengizinkan hambanya yg berdosa ini merasa sedikit kenikmatan dunia.
Secara rasminya, aku bukan lagi pelajar perubatan.
Di saat aku tahu keputusan final exam keluar, tiada rasa. Terlalu gembira pun tidak. Terlalu bahagia pun tidak.
Aku tidak sangka Allah membantu ku sampai ke tahap ini. "Apakah aku layak?''
Sepanjang perjalanan ini. Dalam 5 tahun aku kehilangan kebahagiaan yg suatu ketika aku yakin akan kekal selamanya.
2 bulan sebelum final, aku kehilangan kebahagiaan dari seorang yg telah aku sandarkan harapan. Terlalu banyak air mata kutumpahkan. Andai hati ini dapat dilihat, mungkin tidak lagi berbentuk sempurna. Retak pecah bersambung. Sepanjang tahun akhirku, paling kuat ujian yg datang. Berapa kali aku relapse, tak terkira. 

Perjalanan ini sangat sukar bagi aku. Aku juga tahu perjalanan ku baru bermula. Bukan masanya untuk aku berputus asa. Inilah habuan perjalananku. "Dear self, jika kau rebah kuatkanlah demi diri kau. Di dunia ini, kau punyai Allah dan diri sendiri. Hilang salah satu, hilanglah keduanya. Kuat ya! :)"

Moga kebahagiaan yg hilang Allah gantikan suatu hari nanti tidak di dunia mungkin di syurga. 

Di saat aku menaip ini air mata mengalir. Aku terlalu rindu akan dua kebahagiaanku yg hilang. Terlalu rindu.................